Categories

Tuesday 8 March 2011

When to use can and could?Bila nak pakai can dan could

Requested by U.S.H Teruskan belajar!

Can > sekarang, present
1. Digunakan utk bercerita tentang kebolehan dan kemungkinan.
I can drive a car. Saya boleh memandu kereta.
He can probably climb up that hill. Dia mungkin boleh panjat bukit itu.

2. Untuk membuat permintaan.
Can you buy me a pack of cigarettes?
Boleh awak beli sekotak rokok?

3.  Tanya izin atau memberi izin.
Can I have a glass of water? Boleh saya dapatkan segelas air?

4. Can digunakan utk sekarang atau masa depan apabila kita sudah putuskan sesuatu.
We can go shopping later.
Kita boleh pergi shopping nanti.

Could / could have utk masa lepas
1. kemungkinan dimasa lepas.
I could have cooked if I knew you were coming.
Saya boleh masak kalau saya tahu awak akan datang.

2. Tanya seseorang utk membuat sesuatu.

3.  Tanya jika mereka dibenarkan tentang sesuatu.

4. Digunakan utk perbuatan sekarang atau masa akan datang.
When I go to Keukenhof next month, I could buy tulip bulbs there:D (I wish!!!)
Bila saya pergi Keukenhof bulan depan, saya boleh beli umbi tulip disana.
* tapi tak boleh jugak tanam sebab kena cuaca sejuk…
Keukenhof, Holland

5. Kita gunakan could dengan present perfect tense untuk benda yang boleh berlaku tetapi tidak berlaku atau sesuatu peristiwa yang kita tak pasti.
We could have bought a more delicious cake at Paul Rhodes.
Kita mungkin boleh beli kek yang lagi sedap di Paul Rhodes.
Paul Rhodes, UK

Note/Nota:

Could ialah kemungkinan yang agak kecil dari can. Jadi could digunakan
utk benda yang kita tak bermaksud dengan serius. (Sama macam may dan might)

I am so hot,  I could sit in a fridge. (bukan I can sit in a fridge)
Saya sangat panas, saya macam boleh duduk dalam peti ais.

3 comments :

u.s.h. said...

thanks JBE.this post really help me. i had replied your comment on my blog.

p.s. eh, betul ke 'i had replied...' haa, this is another thing yg make me confuse. heheh.

zarsaza said...

salam saya ada terlihat web2 online yg free.harap kit kongkiskanbersama. antara yg saya cadangkan ialah http://www.talkenglish.com/

ianya percuma dan boleh manfaat bersama

Jom Belajar English! said...

@ush:it's great to know that this has helped you out.

@zarsaza: yup. I pun ada list this website jugak rasanya as one of the website yang boleh digunakan untuk belajar dengan percuma.