Categories

Sunday 21 October 2012

Bring dan take...sama ke?

Ada mereka kata yang kata bring dengan take ni maknanya berbeza. Betul ke? Ya dan tidak. Sebab ianya juga bergantung kepada keadaan dan situasi.

Satu ialah bawa dan satu lagi ialah ambil. Ini adalah antara salah satu kesilapan orang Malaysia sebut, tetapi tak semestinya kerana bergantung pada keadaannya.

Bring digunakan apabila kita menggunakan pergerakkan untuk sampai pada suatu destinasi. 
Please bring me the cheesecake when you come over.
Bawakan saya kek keju bila awak datang ke sini.

Take digunakan bila kita akan bertolak/bermula ke satu destinasi, titik permulaan dari suatu tempat.
Don't forget to take the keys before you leave.
Jangan lupa ambil kunci sebelum awak keluar.

Macam mana pula dengan ni:
Bring your umbrella incase it might rain> (dibawa dengan pergerakkan ke destinasi)
Take your umbrella incase it might rain> (bawa dari permulaan destinasi anda)

Sebab tu kita kata 'take away' atau 'take out' bila kita beli fast food yang ingin kita bawa pulang dan bukan bring away :)


No comments :