Categories

Tuesday 30 December 2014

Happy 2015!

Tahun 2014 akan berakhir besok...jadi saya ingin ucapkan,  a very happy new year to everyone, have a wonderful year ahead!

Latihan minggu lepas kalau anda terlepas, klik sini (jawapan sudah di sediakan).
Yang mana nak belajar English, jangan give up...kadangkala kita sibuk, walaupun ada niat lepas tu belum bermula sudah pun beralah. Belajar English ni bukan sehari dua, saya pun kena review juga tiap2 hari especially sebab kena explain apa maksud2-maksud grammar. Bersabar, lama-lama anda akan lihat hasilnya :) Jangan lupa check promosi Disember saya - simple past dan New Year special (cuma RM100 - basic topic lebih dari 4!). Hubungi saya cepat sebelum berakhir!

Thursday 25 December 2014

Happy holidays!

Hari ni saya tak buat latihan. Mungkin besok saya akan upload latihan bersama jawapan supaya senang anda semak :)

Tahun baru makin hampir, jika anda meletakkan resolusi untuk belajar bahasa Inggeris tahun depan inilah waktu terbaik untuk memikirkan tentang belajar bahasa Inggeris. 

Sempena tahun baru yang akan datang ini, saya memberi tawaran/offer untuk pakej asas saya, iaitu:
subject,nouns,verbs, adjectives dan adverbs. Jadi jika berminat sila tanya saya sebab lepas tahun baru saya tidak beri tawaran ini lagi.

Ramai yang mungkin bercuti untuk menghabiskan cuti dan melayan anak-anak sempena cuti sekolah yang hampir akhir. Saya ucapkan selamat bercuti!




Monday 22 December 2014

Daily routine using present tense

Rutin harian menggunakan present tense (sekarang)

How was your Sunday? I hope you had a great weekend!
Hari ni saya nak kongsi sikit tentang rutin. Iaitu sesuatu yang kita buat dengan kerap,setiap hari terkini atau selalu. Bila kita buat benda dengan kerap kita gunakan present tense (masa sekarang).

I wake up at....o'clock.
Saya bangun pada jam ...

I have a shower before.../after...
Saya mandi sebelum .../selepas...

I have coffee and make breakfast.
Saya minum kopi dan buat sarapan.

I go to work at ... everyday.
Saya pergi kerja pada jam... setiap hari.

I drive to work. Saya memandu ke tempat kerja.
I ride my motorcycle to work. Saya membawa motorsikal ke tempat kerja.
I take the lrt/bus/train to work. Saya ambil lrt/bas/keretapi ke tempat kerja.
I work from home. Saya bekerja dari rumah.

I start work at 9.
Saya mula bekerja pada pukul 9.

I check my emails when I get to work, but I don't always reply to them immediately.
Saya periksa emel saya bila sampai kerja, tapi saya tidak selalu jawab secepat mungkin.

I have appointments on Tuesdays and Thursdays.
Saya mempunyai temujanji pada setiap selasa dan khamis.

I take a taxi or lrt if I have a lunch appointment.

Saya ambil teksi atau lrt jika saya ada temujanji makan tengah hari.


I have lunch at 1pm on most days.
Saya makan tengah hari jam 1 pada kebanyakkan hari.

When I am at my desk I usually work on the computer.
Bila saya di meja saya, saya selalunya bekerja dikomputer saya.

After I have finished work, I go home and cook dinner.
Lepas saya habis kerja, saya balik ke rumah dan masak makan malam.

We eat dinner at 7 o'clock.
Kami makan malam pada pukul 7.

My daughter does her homework or studies after dinner. 
Anak perempuan saya membuat kerja sekolah atau belajar selepas makan malam.
* does & studies adalah untuk orang ke3, 3rd person singular.

My husband watches the tv after dinner.
Suami saya menonton tv selepas makan malam.
*watches adalah untuk orang ke3.

I go to bed at 11 at night.
Saya masuk tidur jam 11 malam.
Jangan ubah ke saya masuk ke katil ya. Di sini dimaksudkan saya ke bilik tidur/bersedia untuk tidur.

Friday 19 December 2014

Update untuk latihan hari Khamis (simple past)

Untuk latihan yang saya berikan pada hari Khamis, masih ada yang mencuba latihan walaupun saya telah meletakkan deadline untuk latihan tersebut. Jadi, saya akan semakkannya - dan email kepada anda.

Saya ingin ingatkan untuk mana-mana latihan yang anda buat, pastikan:
1)Baca arahan yang diberikan.
2)Pastikan anda tulis dengan betul - saya perlukan anda tulis dengan penuh dan bukan dalam singkatan untuk pastikan ejaan anda betul. Anda juga perlu tulis dengan huruf besar dimana perlu dalam bahasa Inggeris, seperti nama orang, nama tempat, hari, di awal ayat dan juga titik nokhtah mengakhiri ayat dan lain-lain. Waktu buat latihan sahaja...waktu lain whatsapp, emel saya takpe tulis macam mana pun.
3)Waktu deadline saya berikan adalah penting kerana saya menggunakan applikasi untuk semak jawapan anda. Jika anda terlepas waktu deadline saya berikan, anda boleh cuba latihan seterusnya minggu hadapan. I have to be fair to those who actually make the time to do within the time frame I have given them. If  you missed the deadline, look out for the next following exercise.
4) Saya akan cuba /beri latihan lebih termasuk answer sheet dimasa akan datang.
5) Sila isikan nama anda dan emel anda. Emel adalah penting untuk anda, bukan saya kerana jawapan akan dihantarkan melalui emel anda. Saya akan emelkan jawapan pada hari yang sama...jadi anda boleh semak keesokkan hari untuk jawapan atau malam yang sama. Semak spam mail anda atau emel yang anda isikan. Jika anda terlepas waktu deadline, jawapan anda tidak disemak.

Saya sebenarnya tak berapa kisah sangat...tapi saya hargai/appreciate kalau anda beritahu yang anda ingin membuat latihan tersebut dan terlepas masa. Ini kerana saya kena buat masa untuk membaca balik jawapan anda dan buat penilaian.

So itu saja. Have a great weekend. Hubungi saya kalau ingin tahu tentang pakej belajar yang saya anda. Pakej RM50 untuk belajar simple past masih berjalan hingga hujung bulan. 

Thursday 18 December 2014

Latihan percuma : penggunaan verb to be dalam simple past

Hello!

Untuk hari ini saya ada buat latihan tentang penggunaan verb to be dalam bentuk simple past dan juga mengubah ayat present tense kepada simple past / past continuous dan kemudian ubahnya kepada bentuk negatif dengan menggunakan contraction.

Ini adalah linknya :http://goo.gl/forms/9znMW6DY1P

Verb to be adalah auxiliary verb/helping verb. Ianya adalah seperti berikut:

Dalam bentuk present : I am, you are, he/she/it is, we are, they are
Dalam bentuk past: I was, you were, he/she/it was, we were, they were.


Bentuk negatif ialah bila you ubah sesuatu dari positif ke negatif.

I have a blue car (positif)




I don't have a blue car (negatif)


Contraction pula adalah pemendekkan perkataan/penggabungan dengan menggunakan koma atas ('):
don't,doesn't, haven't, hadn't,wouldn't, couldn't, shouldn't dan sebagainya. Sila hantar sebelum jam 6petang. Thank you!

Monday 15 December 2014

Ungkapan-ungkapan (phrases) dalam business English...sambungan


Offering help
• How can I help you? (Bagaimana saya boleh bantu?)
• Can I help you with...? (Boleh saya bantu dengan...?)
• Would you like us to ...? (Mahu kami...?)
• We would be happy to ... (Kami gembira untuk...)
• We are quite willing to ... (Kami agak terbuka untuk...)
• Our company would be pleased to ... (syarikat kami gembira untuk...)

Giving good news
• We are pleased to announce that ... (Kami gembira untuk mengumumkan yang..)
• I am delighted to inform you that .. ((Saya gembira untuk memberitahu yang...)
• You will be pleased to learn that ... (Kamu/anda pasti akan gembira untuk tahu yang...)

Giving bad news
• We regret to inform you that ... (Kami dengan dukacita ingin memberitahu anda yang...)
• I'm afraid it would not be possible to ... (Saya risau ianya tidak mungkin...)
• Unfortunately we cannot / we are unable to ...(Malangnya kami tidak dapat/ kami tidak dapat untuk...)
• After careful consideration we have decided (not) to ...(Selepas mempertimbangkan, kami telah memilih untuk (tidak)...)

Complaining
• I am writing to express my dissatisfaction with ...(Saya menulis untuk meluahkan perasaan tidak puas hati saya dengan...)
• I am writing to complain about ...(Saya menulis untuk )
• Please note that the goods we ordered on ( date ) have not yet arrived. (Sila ambil perhatian bahawa barang yang kami pesan pada tarikh ...masih belum sampai).
• We regret to inform you that our order  ----- is now considerably overdue. (Kami dengan dukacita ingin memaklumkan bahawa pesanan kami______ sudah terlebih masa untuk sampai ).
• I would like to query on the transport charges which seem quite high. ( Saya ingin bertanya tentang harga pengangkutan yang nampak agak tinggi).

Apologizing
• We are sorry for the delay in replying to ...(Maafkan kami kerana terlambat untuk menjawab kepada)
• I regret any inconvenience caused (by) ...(Saya minta maaf atas segala kesusahan disebabkan oleh)
• I would like to apologize for the (delay, inconvenience)...(Saya ingin minta maaf untuk kelewatan/kesusahan..)
• Once again, please accept my apologies for ...(Sekali lagi, sila terima maaf saya untuk...)

Orders
• Thank you for your quotation of ...(Terima kasih untuk sebut harga..)
• We would like to cancel our order  ..... (Kami ingin batalkan pesanan kami..)
• Please confirm receipt of our order.(Sila sahkan penerimaan pesanan kami...)
• I am pleased to acknowledge the receipt of your order  .....(Saya dengan sukacitanya mengesahkan penerimaan pesanan anda...)
• Your order will be processed as quickly as possible. (Pesanan anda akan diproses secepat mungkin)
• It will take about (two/three) weeks to process your order. (Ia akan mengambil masa kira-kira (dua / tiga) minggu untuk memproses pesanan anda)
• We can't guarantee you delivery before ...(date) (Kami tidak dapat menjamin anda penghantaran sebelum...)

Prices
• Please send us your price list. (Sila hantar kami senarai harga anda)
• You will find enclosed our most recent catalogue and price list. (Anda akan dapati lampiran katalog dan senarai harga terbaru kami)
• Please note that our prices are subject to change without notice. (Sila ambil perhatian bahawa harga kami adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis)
• We have pleasure in enclosing a detailed quotation..(Kami dengan sukacitanya dilampirkan sebutharga terperinci ..)
• Our records show that we have not yet received payment of ...(Rekod kami menunjukkan bahawa kami tidak lagi menerima pembayaran ..)
• Please find enclosed ...(Sila dapati lampiran...)

Closing remarks
• If we can be of any further assistance, please let us know.(Jika anda perlukan  bantuan lanjut, sila beritahu kami)
• If I can help in any way, please do not hesitate to contact me.(Jika saya boleh membantu dalam apa jua cara, sila tidak teragak-agak untuk menghubungi saya)
• If you require more information ...(Jika anda memerlukan maklumat lanjut...)
• For further details ...(Untuk maklumat lanjut...)

Bersambung...

Thursday 11 December 2014

Latihan was dan had

Assalam & hello!

Please go to free quizzes to get a free exercise on was and had. Do them before 6pm today.Answers will be sent through email to after 6pm. So make sure you fill in your email!

Sila pergi ke free quizzes untuk latihan percuma was dan had. Sila buat sebelum 6 petang hari ini. Jawapan akan dihantar melalui emel selepas jam 6 petang.

Have a great day!

Wednesday 10 December 2014

Ungkapan-ungkapan (phrases) dalam business English


Dalam menulis Inggeris, you digunakan atau diterima untuk mengganti proper noun.
Anda boleh tulis Tan Sri../Puan Sri/ YB/YM/ Dato'.../Datuk.../Datin.../Puan .../Encik...Cik...dalam mana2 bahagian surat/emel/laporan kerana ini adalah sebahagian dari bahasa kita dan tidak perlu ditukar kepada bahasa Inggeris jika merasakan ianya tidak sesuai.
Disini saya gunakan anda/cik untuk menggantikan you sebagai contoh. 
* Disini saya tidak menerangkan tentang panggilan (titles) seperti Your Highness (YH) dan sebagainya

Salutation/memberi salam:
Dear Mr. Brown, Dear Encik Ahmad, Dear Miss Ling, Dear Madam, Dear Sir

Starting/permulaan:
We are writing (kami menulis)
- to inform you (untuk memberitahu anda/Cik/Encik)
- to confirm  (untuk mengesahkan)
- to request (untuk meminta)
- to enquire about ... (untuk bertanya tentang)

I am contacting you with regards/ for the following reasons (saya menghubungi Cik berkenaan...)
I recently read/heard about ... would like to find out more 
(saya terbaca/dengar tentang...ingin tahu dengan lebih lanjut)
Having seen your advertisement... (setelah melihat iklan Cik)
I would be interested in obtaining (mendapatkan)/ receiving (menerima)
I received your contact from ... and would like to...
(saya terima alamat/cara berhubung dengan Cik dari...dan ingin...)

Referring to a previous contact/merujuk kepada surat/emel/perbualan sebelum ini:
Thank you for your letter of September 10th. (terima kasih untuk surat Cik pada 10hb September)
Thank you for contacting us (terima kasih kerana menghubungi kami)
In reply to your request, ... (dalam menjawab permintaan anda...)
Thank you for your letter/email regarding ...(terima kasih untuk surat/emel anda berhubung...)
With reference to our telephone conversation yesterday...
(merujuk kepada perbualan telefon semalam...)
Further to our meeting last week ... (bersambung mesyuarat kita minggu lepas...)
It was a pleasure meeting you in Singapore last month. (Saya berbesar hati berjumpa anda di Singapura bulan lepas)
I enjoyed having lunch with you last week in Kuala Lumpur.
(Saya seronok makan tengah hari dengan anda minggu lepas di Kuala Lumpur)
I would like to confirm the main points we discussed on Monday.
(Saya ingin mengesahkan perkara-perkara utama yang dibincangkan pada hari Isnin)

Making a request / membuat permintaan:
We would appreciate it if you would ...(kami menghargai jika anda...)
 I would be grateful if you could ...  (saya sangat bersyukur/berterima kasih jika anda...)
Could you possibly tell us / let us have ... (bolehkan anda beritahu kami.../mari kita...)

Please let me know what action you propose to take.
(Sila beritahu apakah tindakan yang akan diambil)

bersambung...


Thursday 4 December 2014

Penggunaan nombor 1st, 2nd, 3rd dan seterusnya dengan betul

Penggunaan nombor bagi sesetengah mereka yang tidak tahu atau pasti, penggunaan nombor dalam English boleh menjadi salah. Terutamanya nombor seperti 1st, 2nd,3rd,4th dan sebagainya. Penggunaannya mungkin nampak mudah jika anda tahu tapi jika anda tidak, ianya agak keliru.

Jadi bila kita gunakan 1st, 2nd,3rd dan sebagainya dan bila kita cuma sebut one, two,three dan lain-lain?

Dalam English nombor biasa yang lazim kita gunakan dipanggil cardinal numbers, iaitu, one, two, three, four dan sebagainya. Nombor yang disebut 1st, 2nd, 3rd pula dikenali sebagai ordinal number.

Nombor cardinal (biasa) menunjukkan kuantiti. 
5 oranges, 2 apples, 10 bananas. Manakala nombor ordinal (ingat order-susunan) menunjukkan urutan sesuatu, contoh the 5th orange (oren ke5) dan juga tarikh. Nombor ordinal menggunakan suffix (tambahan pada penghujung perkataan yang mengubah bentuknya), seperti -st,-nd, -rd,-th.

Contoh tarikh:  jika ditulis December 4, 2014 kita akan sebut "December fourth, 2014"
Atau jika anda beratur, dan anda yang ke 3, anda perlu katakan "I am third in line"

Jika anda keliru, hanya ingat yang nombor susunan menggunakan imbuhan dibelakangnya.

Tuesday 2 December 2014

Penggunaan -ed atau perubahan bentuk sesuatu perkataan (verb/kata kerja)

Bila kita perlu gunakan -ed dalam sesuatu ayat?

Jika anda ada ikut post saya yang lepas-lepas, -ed digunakan untuk simple past tense. Atau dalam kata lain, untuk sesuatu yang telah pun berlaku.


Contohnya:
smile >> smiled
lift >> lifted
cough >> coughed

Ada verb yang berubah bentuk bila -ed ditambahkan kepadanya.

try - tried
plan - planned
study - studied
start - started


Perubahan selalu berlaku pada perkataan yang berakhir dengan kosonen (bukan aeiou). Dan dipanggil regular verb kerana base formnya (perkataan asal)tidak banyak berubah bentuk, kecuali dengan penambahan -ed,d,ied.

Dan, ada irregular verb. Irregular verb adalah verb yang berubah secara total, atau tidak berubah langsung.

She makes good coffee >> She made  good coffee.


 Begin >> began>>begun
choose>> chose>>chosen
do>>did>>done

Antara verb tidak langsung berubah, contohnya:
beat >>beat
burst>> burst
cut >> cut
hurt >>hurt

Pemahaman kegunaan -ed atau simple past walaupun nampak mudah, tetapi ianya penting untuk memastikan ayat anda betul.

Friday 28 November 2014

Short quiz on like, likes and liked - check free quiz

Happy Friday people!
Siapa yang nak jawab quiz sila pergi bahagian free quiz. Pastikan masukkan emel kerana jawapan semua akan saya beri dalam bentuk emel.

Topik like, likes dan liked ini saya pernah sentuh sebelum ini. InsyaAllah cari bahagian search box diatas belah kiri akan keluar.

Oh ya, siapa yang berminat dengan promosi November, ianya masih terbuka. You boleh beli pakej bulan ini dan masih guna untuk bulan depan. Selain dari yang saya tulis dipromo tu, saya bagi lagi tips percuma dan freebies lain untuk bantu anda lebih bermotivasi untuk belajar, insyaAllah!

Wednesday 5 November 2014

November promo and when to use some or any

Maaf baru-baru ni saya kurang sihat - ada emel & whatsapp yang saya mungkin terlepas...saya sudah emel dan jawab whatsapp kembali. Harap masih ada yang minat untuk belajar.
Sempena November ini, saya buat promosi kelas, 6 kelas x 50min untuk RM150, termasuk latihan pendek whatsapp 2x seminggu untuk 4 minggu. Kelas online bermula 10hb November ke atas. 
You boleh ambik 3 kelas perbualan dan 3 kelas pemahaman/penulisan atau topik tertentu you ingin belajar.Saya akan cuba ajar grammar asas sekali, membina ayat, tenses (penggunaan masa) dan menjelaskan parts of speech (pengunaan have, do, verb to be dll). dalam perbualan atau pemahaman.
Jadi kalau berminat emel kepada saya, maya.learnenglish@gmail.com


When to use some or many? Bila untuk gunakan some atau many?

Some dan any boleh digunakan untuk countable dan uncountable nouns. klik sini untuk tahu apa itu countable dan uncountable nouns.

Some
1)Some digunakan dalam ayat bila kita tidak tahu bilangan tertentu sesuatu benda atau jumlahnya tidak penting. Ianya digunakan dalam ayat positif.

We have some vegetables in the fridge.
I have some money with me.

2)Kita juga gunakan some dalam soalan menawarkan/meminta.
Can I have some water? (meminta)
Would you like some sweets? (menawarkan)

Any
1)Digunakan dalam ayat negative dan soalan.

I don't have any money.
Does Amir have any sisters?

2)Digunakan dalam ayat dimana jawapannya tidak kisah yang mana satu.
When can I call you? You can call me any time.
Do you have any movie preferences? Any movie is good.
Is there any particular chocolate you want? Any chocolate is fine.




Thursday 7 August 2014

Happy Eid Mubarak / Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Assalam to all Muslims and a Happy Eid Mubarak to all of you! I trust that you had a wonderful 1st Eid with your family and friends. I was suppose to do a special promo package for Ramadan but I was busy and wasn't able to complete. Some of you are already asking about classes, insyaAllah I will start teaching online again right after Syawal. 
So right now I am back on track to finish a manual for those of you who are interested to learn English  at your own pace. InsyaAllah it will be completed soon.

Raya ni saya tak buat kelas online atau offline. Tapi insyaAllah saya akan kirimkan tips percuma macam biasa kepada anda yang register atau ada isi contact form saya. Lepas Raya ni (Syawal) saya akan mula balik kelas online kepada anda berminat boleh hubungi saya. 

Sekali lagi, Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin. Sorrylah kalau ada yang saya terlambat emel balik atau tak teremel balik.Kalau saya tak emel balik, emel lah lagi sekali kot saya terlepas pandang. Yang mana ada soalan pendek2 tu, saya akan cuba jawab. Ingat, belajar English ni kena practice tiap2 hari. Kalau you tak practice dia akan jadi kekok atau you akan lupa. So, tengok lah program bahasa Inggeris, walaupun kartun (sebab kartun mudah faham). Ikut apa yang dikatakan dan ulang dan ulang. Saya sentiasa check emel saya walaupun tak update kerap. Jadi jika ada pertanyaan tentang kelas, sila emel sahaja pada saya maya.learnenglish@gmail.com.


Thursday 17 July 2014

Ungkapan mudah harian meminta maaf

Ekspresi /ungkapan meminta maaf harian


  1. Sorry.( I'm sorry)
  2. I'm (so / very / terribly) sorry.
  3. Ever so sorry.
Ayat 1 - Maaf. Pendek dan selalu digunakan bila terlanggar orang secara tak sengaja.Kadang2 macam kurang memberi makna. I'm sorry kebih bagus untuk menunjukkan anda minta maaf.
Ayat 2 - memberitahu yang kita bersungguh-sungguh meminta maaf.
Ayat 3 - jarang gunakan tapi ianya lebih bersungguh dari sorry.

4. How stupid / careless / thoughtless of me.
5. Pardon (me)
6. That's my fault.
7. Sorry. It was all my fault.

Ayat 4- bila kita mengkritik diri sendiri atas kebodohan (macam kalau buat silap yang logiknya you tak patut buat atau dah tahu), cuai, tidak terfikir

Ayat 5 - Selalu tanya bila kita tak dengar sesuatu
Ayat 6 - mengakui ianya kesilapan kita
Ayat 7 - meminta maaf dan mengakui kessemuanya kesilapan kita

8. Please excuse my (ignorance)
9. Please don't be mad at me.
10. Please accept our (sincerest) apologies.

Ayat 8 - meminta maaf keatas kejahilan saya - atau sesuatu yang you tak kisah padahal penting
Ayat 9 - Tolong jangan marahkan saya. Ini lebih informal, mungkin dengan kawan, keluarga, kawan pejabat bila anda tidak mahu mereka marahkan anda.
Ayat 10 - Ini lebih untuk kerja/pejabat jika berlaku kesilapan yang serius, ianya formal dan boleh digunakan dalam surat rasmi.

Tuesday 3 June 2014

Can or could? (updated)


Can digunakan untuk:
  • Kemungkinan besar. I can be there in 20 minutes.
  • Sesuatu yang pasti dan anda boleh buat. I can play the guitar.
  • Untuk meminta kebenaran. Can I go now?
Untuk ubah ke ayat negatif, ubahkan can ke can’t.
  • I can’t be there in 20 minutes.
  • Untuk ubah jadi soalan, letakkan can sebelum subject.
  • Can I be there in 20 minutes?
Could digunakan untuk:
  • Could adalah past tense kepada can. Jika anda ingin menceritakan sesuatu kemungkinan atau kebolehan di masa lalu, anda gunakan could. Joe could talk since he was three.
  • Sesuatu yang boleh berlaku tetapi tidak berlaku. You could have finished your project yesterday.
Could juga boleh digunakan dalam bentuk present bila:
  • Meminta kebenaran/permintaan. Ianya lebih sopan dari menggunakan can.Could you help me with this? Could I have some coffee?
  • Membuat cadangan. You could fetch Nina, then Ming.

Tuesday 27 May 2014

Penggunaan verb was dan had

Akhir-akhir ini ramai yang emel saya tanya apa perbezaan was dan has? Sangat berbeza. Cuma mungkin apa yang buat you keliru ialah kedua-duanya adalah past tense dan tidak tahu nak guna mana satu untuk situasi apa kerana kegunaan past tense tidak ada dalam bahasa kita.

Was dan had adalah helping verb. Dalam latihan kelas saya, saya beri penerangan penuh cara menggunakan helping verbs atau auxiliary verbs ini.

Penggunaan was:

Am = adalah, ialah (digunakan dengan I)
Was = telah, pernah (digunakan dengan I)

I was there yesterday.
Saya berada disana semalam.

He was a naughty child.
Dia seorang budak yang nakal semasa kecil.

They were waiting for the bus.
Mereka telah tunggu untuk bas tersebut.

It was left on the floor.
Ianya telah ditinggalkan di atas lantai.

Was digunakan bersama subjek ( I,he,she,it, you, they, we) untuk menunjukkan sesuatu yang telah lepas, atau berlaku.


Penggunaan had:

Have = memiliki ( digunakan dengan I, you, they)
had = telah memiliki (digunakan I,you, he,she,it,they)


I had a cat.
Saya pernah memiliki seekor kucing.

I had a yellow bicycle.
Saya pernah memiliki sebuah basikal kuning.

I had a cup of coffee.
Saya telah minum secawan kopi.


Had digunakan bersama subjek (I, he,she, it, you, they, we) untuk menunjukkan sesuatu yang anda pernah lalui, miliki.







Monday 26 May 2014

Kelas di Putrajaya Jun 2014

InsyaAllah Jun ini saya berniat untuk buat kelas 'Introduction to English' di Putrajaya. Kelas ini adalah kelas 2 jam dimana saya akan terangkan perkara-perkara asas dalam bahasa Inggeris supaya anda boleh belajar sendiri dengan lebih mudah atau sambung dengan mengambil kelas online saya. Jika anda berminat, sila hubungi segera kerana saya cuma mengambil maksima 5 orang satu sesi.

Sila hubungi saya untuk maklumat lanjut melalui emel maya.learnenglish@gmail.com atau whatsapp ke 0176116432.

Friday 9 May 2014

Happy Mother's Day!




Sempena Hari Ibu pada hari minggu ini, saya membuat promosi belajar Inggeris asas -6 latihan utama pada harga RM120 termasuk 6 latihan pendek percuma.Latihan termasuk pemahaman verb to be (am, is,are,was,were),have, do, verbs,adjectives, nouns dan susun ayat. Anda hanya perlu kirimkan gambar anda bersama anak2 kepada saya sebagai bukti. 

Hanya terbuka untuk 6 ibu pertama. Hubungi saya di maya.learnenglish@gmail.com.Tarikh akhir pembelian ialah pada 17Mei.

Wednesday 7 May 2014

Welcome May! Apa itu singular dan plural?

I hope everyone had enjoyed their Labour Day holiday last week (and a long weekend to those who took Friday off).

Anyway, just nak bagitahu, kalau anda nak cuba Google Hangout dengan saya, sila buat temujanji dahulu. InsyaAllah minggu depan saya akan adakan  "Free 15 minutes English conversation" lagi, dari Isnin 12Mei-16Mei. Jadi anda boleh set masa dan tarikh untuk cuba.

Okay...setiap kali saya ajar saya pun akan belajar benda baru. Benda baru saya belajar ialah apa yang buat mereka yang belajar English keliru. Jadi saya nak terangkan benda2 asas dulu supaya anda faham untuk kegunaan harian. Jadi hari ni kita tengok apa itu singular dan plural.Singular dan plural digunakan selalunya untuk noun bagi menunjukkan ianya satu atau lebih (kata benda am).

Singular = menunjukkan satu (tak kiralah benda, orang, tempat...yang penting ingat ianya satu). Bila gunakan singular, tiada imbuhan diperlukan.
girl, boy,mother, flower, box, bathroom,car, carpet, office, one million dan lain-lain.

Plural = menunjukkan 2 atau lebih (tak kiralah kalau berjuta pun).
Plural ini tricky sebab dia akan berubah bentuk. Kalau yang biasa, anda hanya perlu tambah -s atau kadang kala -es sahaja.
Contoh : mothers, girls, boys, flowers,offices,boxes, millions



Tetapi ada juga yang berubah bentuk seperti:
child = children, tooth= teeth, shelf = shelves

Dan ada juga yang tidak berubah bentuk langsung walaupun ianya plural:
fish=fish,sheep=sheep,deer=deer

Pada saya yang penting anda tahu nama-nama benda dulu, kemudian baru belajar apakah bentuk pluralnya. Tiada cara mudah tapi untuk anda kumpulkan nama2 benda...cuba namakan benda2 di rumah anda dan tambahkan plural. 

*Ingat ya, furniture ialah furniture tiada -s kerana ianya adalah sekumpulan perabot.

Tuesday 29 April 2014

Menggunakan in,at dan on

In, at dan on ada pelbagai kegunaannya. Antaranya ialah untuk memberitahu dimana sesuatu itu berada:

Menunjukkan sesuatu tempat:
I am at the corner of Jalan Tun Razak and Jalan Ampang.
You can ask the girl at the reception.
We will wait at the bus stop.

Didalam sesuatu kawasan tertutup:
I am in Suria KLCC.
Ahmad and his mom is in the market.
I have a pen in my pocket.

Berada di atas sesuatu atau sesuatu yang (akan) bergerak:
I am on the bus.
It is on the table.
They are on top of Mount Kinabalu.

Tetapi yang saya selalu nampak kita tersilap ialah bila ianya digunakan untuk masa. Ramai yang keliru.

Kita gunakan at untuk tunjuk masa yang tepat.
I am seeing the doctor at 10am.
She sends her daughter at 7.15 every morning.

Gunakan on untuk tunjuk hari atau tarikh.
My next appointment is on Thursday.
I have a meeting on the 21st.

Gunakan in untuk tunjukkan masa yang lebih panjang (week,month,year, decade, century)
I will see him in a week.
She is planning to move in a year.
In two years I will be finishing my masters.


Wednesday 23 April 2014

Mana nak start belajar English ni?

Ramai yang nak belajar tapi tak tahu mana nak mula.Ianya bergantung pada tahap bahasa Inggeris anda (untuk beginners level).

Saya nasihatkan juga untuk tengok program tv, filem dalam bahasa Inggeris sebab ayat2 digunakan adalah betul. Dari situ anda boleh kumpul ayat-ayat. Pastikan anda ada buku nota untuk simpan semua benda anda belajar.

Ini idea sahaja ya untuk anda yang tak tahu mana nak start belajar:
1)Parts of speech >> the way in which words are put together to form phrases, clauses, or sentences
Nouns >> cars, lamp, flowers, teacher, sailors, skill, strength
Pronouns>>his,hers,mine,theirs
Adjectives>>describes nouns : fast cars, yellow lamp, tall teacher, strong
Preposition>> to show relation of the noun : The car is in the car park.
Verbs, regular and irregular verbs >>run, eat,ate,eaten
Conjunctions >> connect sentences, and,but,if
Interjections>> Oh! Wow!
Adverbs>> modifies verbs,adjectives: quickly, loudly,locally

2) Proverbs>> an apple a day, keeps the doctor away


3) Tenses>>past,present,future

4) And do everything in English. Makan, tido dan mimpi dalam English :D

Tuesday 15 April 2014

Cara menggunakan a, an dan the

Topik ini saya pernah sentuh sebelum ini. Tapi saya dapati masih ramai yang tidak tahu bila hendak gunakan a,an dan the bila membuat ayat. Anda tahu bila ianya diletakkan pada sesuatu huruf seperti an apple, a cat, the house tetapi keliru bila buat ayat.


serviettes
A - diguna untuk menunjukkan sesuatu yang tidak tentu atau spesifik.  Ianya juga menunujukkan sesuatu singular (satu).
A car, a teacher, a mountain, a bicycle, a boy.
Contoh: Can I have a serviette please?
Ini kerana bila kita meminta a serviette takkan kita nak pilih, jadi kita akan minta yang mana-mana sahaja.




owl/burung hantu



An - juga digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang tidak spesifik, sekiranya perkataan seterusnya adalah vowel. Ia juga menunjukkan sesuatu singular.
 An apple, an elephant, an igloo, an owl, an umbrella. 
Ianya juga digunakan untuk perkataan yang berbunyi seperti vowel, seperti hour. An hour (sejam) di mana h nya tidak disebut.  








omelette/telur dadar
The - digunakan dihadapan sesuatu noun yang anda dan mereka yang bercakap dengan anda tahu apa yang dibincangkan. Ianya boleh menunjukkan singular ataupun plural. Contoh :
 Have you finished the report
Are you done with the omelette
I have sent the children to school.
The bags are in the cupboard.




Jadi di manakah nak letak a, an dan the ni? Letakkan mereka sebelum sesuatu noun. Adakala kita tidak mengguna a dihadapan noun, dimana jika noun tersebut adalah plural (berganda). Tetapi boleh dengan the.
Can I have some fruits please?
Where are the keys?
The keys are on the table.
The boys are waiting for a bus.


Vocabulary:
Ini bukan serviettes ya!
serviette = tisu kertas yang digunakan untuk lap jari/mulut, selalu lebih tebal dari tisu biasa.Ia bukan tisu kertas yang pakai kat kedai mamak tu ya. Ianya adalah jenis tebal dan bukan jenis 2 ply sahaja. Tapi ni kira standard serviette kat Malaysia lah kalau kita pergi sesetengah tempat makan.

vowel = huruf a,e, i, o, u
noun = kata benda >> api, lembu, garpu, telur, jalan

Monday 7 April 2014

Bila nak gunakan how much dan how many?



Bila nak gunakan how much dan bila nak gunakan how many?

How much adalah uncountable noun. If korang ada pernah baca tentang apa itu noun, you akan tahu bahawa noun itu adalah kata benda am.

Contoh noun: car, aeroplane, shop, school, chicken, box, bottle,

Uncountable noun adalah kata benda yang tak boleh dikira. Contohnya:
water, sugar, money,cheese, jewelry

Soalan untuk uncountable noun: 
How much money do you have?
How much sugar is there?


How many ialah countable noun, kata benda yang boleh dikira.
Countable noun adalah seperti : apples, oranges, cars, tables, pillows

Soalan untuk countable noun:
How many apples did you buy?
How many cars do you have?

Thursday 3 April 2014

FREE 30MINS CONVERSATION - SIGN UP BY 10TH APRIL

It's April again!
Anyway, I am offering a 30 mins free conversation for any of you who are interested to learn English with me.There is no obligation, if after the free session you decide not to learn English with me, don't worry about it.

All you have to do is:
Email me maya.learnenglish@gmail.com the following details before 10th of April ( free session is for April only) - name,email and contact number, date, day and time you want to have the free conversation.

Saya nak offer kelas percuma bagi mereka yang nak belajar English dengan saya. Sebab saya dapat banyak emel dari anda yang ingin belajar tapi mungkin segan, tak punya masa, tak boleh commit, tak dapat bayar dan macam-macam sebab lain yang menghalang anda. Ramai juga yang mungkin tak biasa belajar perbualan online atau tak faham macam mana belajar secara online. Jadi, saya tawarkan 1 kelas percuma 30 mins untuk bercakap dalam BI dengan saya dengan menggunakan Google Hangout.Jika lepas tu anda rasa anda ingin belajar dengan saya, great, kalau tak, no problem. Emelkan saya, maya.learnenglish@gmail.com maklumat berikut sebelum hari terakhir Khamis, 10 April -nama, telefon dan emel, hari, tarikh dan waktu anda mahu belajar percuma.

Saya akan jawab emel dan hubungi anda antara jam 8 pagi hingga 10malam (insyaAllah/with God's willing). Jika anda emel saya selepas jam 12 malam saya akan jawab kembali keesokkan harinya.

Google Hangout adalah sama seperti Skype, Yahoo atau mana2 chat applications yang ada. Anda kena download plug in : https://www.google.com/tools/dlpage/hangoutplugin  Kalau anda ada smartphone, anda boleh gunakan dari smart phone anda :) Google Hangout sangat bagus - anda boleh chat dengan orang, buat presentation online dan share files, tengok files, documents dan gambar bersama atau pun untuk kerja.

Kalau ada yang nak guna Whatsapp sahaja, boleh, tapi I am not a big fan of using Whatsapp for learning.




Wednesday 2 April 2014

Kesilapan yang selalu dibuat oleh pelajar bahasa Inggeris

Kali ni saya nak share kesilapan yang selalu dibuat oleh mereka yang belajar English. I pernah sebutkan tentang hal ini tapi untuk share, saya ulang lagi.

Kegunaan  s adalah pada verb (kata kerja) untuk orang ketiga.

She work at the shop across the street.
He drink coffee every morning.
He think he is still early.
Sheila eat the cake left for her.

Ayat di atas semuanya mesti diletakkan s selepas verb - works, drinks, thinks,eats

Ingat,
I eat >>>> orang pertama
you eat >>>> orang kedua
he/she/it eats >>>> adalah orang ke 3

Questions:
1.When he get angry/gets angry, he becomes very quiet.
2.She goes/go to Mabul every July.
3.Halim and Amena hold/holds hands when they go for a walk.
.


Answer:
1. When he gets angry, he becomes very quiet.
2. She goes to Mabul every July.
3. Halim and Amena hold hands when they go for a walk.

Note :Kalau anda selalu dengar orang kata enjoys...itu salah ya! Itu cuma orang main-main gunakan perkataan enjoys kerana ramai sangat orang membuat kesilapan ini. Jadi bila nak sebut enjoys, lain kali katakan begini:Enjoy your trip to Melaka, enjoy your movie, enjoy your meal, I enjoyed my coffee, the children enjoyed their trip to Legoland. Ianya betul bila you guna pada he atau she. He enjoys the morning sun, she enjoys riding her bike.


Monday 17 March 2014

Tips belajar English

Dua tiga minggu yang lepas saya dapat banyak emel tentang mereka yang inginkan tips untuk belajar English. Antara masalah atau keluhan saya dapat ialah:

  • Bila saya belajar English, walaupun saya dah translate saya tetap tak faham.
  • Saya cuba hafal berkali-kali maknanya atau lihat maksudnya saya masih tidak ingat.
  • Macam mana saya boleh fasih atau boleh berbahasa Inggeris?
  • Saya faham apa yang mereka cakap, tapi bila tiba waktu saya jawab kepada mereka, saya kaku.
  • Dan macam-macam lagi.


First of all, adakah anda melihat bahasa Inggeris sebagai sesuatu membebankan? Adakah ianya seperti sesuatu sampingan yang anda kena lakukan untuk mendapat sesuatu yang lain (perkara yang penting)?

Kalau ianya sesuatu yang anda tak suka, tak kiralah bahasa Inggeris ataupun belajar, anda kena cuba suka kerana ianya akan serba sedikit membantu anda progress dalam pembelajaran anda. Oleh itu, anda boleh cuba...

1. Campur benda yang anda suka dengan benda anda tak suka. Contoh jika anda sukakan bola sepak dan ikuti perkembangan bola melalui surat khabar atau internet, baca dalam bahasa Inggeris. Kalau anda wanita dan sukakan fesyen, masak, kraf, baca dalam bahasa Inggeris macam mana nak lakukan. Ini akan nampak lagi mudah dari anda membaca buku tentang penggunaan grammar dalam bahasa Inggeris.

2. Jangan buat secara mengejut. Buat dengan dengan kerap walaupun membaca atau dengar berita English 15minit sehari. Pernah tak anda cuba untuk mula berjogging? Pada mulanya rasa berat sangat, nak lari 10minit pun macam nak pancit. Lama-lama you cuba tiap2 hari makin lama stamina you makin bagus dan tahu-tahu you boleh masuk marathon. Jadi nasihat saya, buat sikit2 dulu. Tengok berita bahasa Inggeris, dengar radio Inggeris, baca apa2 article dalam BI setiap hari untuk 10 minit. Yang lebih cari maksud yang anda tak faham dan baca balik.  Jangan terlalu taksub untuk buat terutamanya jika anda rasa terpaksa.

3. Carilah seseorang yang boleh bantu anda atau seseorang yang boleh jadi idola anda. Ini kerana mereka boleh memberi anda tips dan anda boleh tanya mereka macam mana mereka lakukan (jika anda tidak suka atau terpaksa belajar).

4. Jangan takut buat silap atau terlalu fikirkan tentang apa orang kata. Ramai yang emel saya katakan mereka segan untuk cakap English atau cuba cakap English kerana tak mahu di judge, takut orang gelakkan mereka dan sebgainya. Ini penghalang paling besar yang saya lihat. Anda boleh mula cuba bercakap dirumah. Mungkin anda boleh tetapkan setiap waktu makan malam sebagai waktu cakap English. 

5. Jangan campur English dengan Bahasa. Itu kata orang. Pada saya jika anda baru nak belajar agak sukar untuk anda cuba berkata Inggeris walaupun sebaris ayat. Oleh itu cuba campur2 dulu. Buat ini bila waktu anda tengah belajar sahaja ya.

6. Practice makes perfect!

Good luck!

Thursday 13 February 2014

New section - Free stuff

Good news untuk anda yang ikuti blog saya.

I am feeling generous and happy that many of you have taken my email lessons! Jadi saya akan buka ruang FREE STUFF di mana saya akan letak latihan percuma untuk anda yang ingin tahu tentang email lessons saya atau hanya untuk cuba2 :)

Anda boleh rujuk kepada artikel di blog dan buat latihan.

So far saya cuma sempat letak satu sahaja, insyaAllah (with God's willing) saya akan cuba letak lagi untuk anda.

Good luck! Do comment if you have any request or like them ;)

Tuesday 7 January 2014

Happy New Year!!

Harapnya tak terlambat lagi nak wish Selamat Tahun Baru kepada semua yang mengikuti Jom Belajar English! Saya harap yang mana nak belajar bercakap, menulis bahasa Inggeris tahun ini, jangan give up. Saya tahu ramai yang segan, tapi untuk belajar cakap kita kena banyak berlatih dan jangan segan untuk bercakap/menulis dalam bahasa Inggeris.