Categories

Tuesday 3 June 2014

Can or could? (updated)


Can digunakan untuk:
  • Kemungkinan besar. I can be there in 20 minutes.
  • Sesuatu yang pasti dan anda boleh buat. I can play the guitar.
  • Untuk meminta kebenaran. Can I go now?
Untuk ubah ke ayat negatif, ubahkan can ke can’t.
  • I can’t be there in 20 minutes.
  • Untuk ubah jadi soalan, letakkan can sebelum subject.
  • Can I be there in 20 minutes?
Could digunakan untuk:
  • Could adalah past tense kepada can. Jika anda ingin menceritakan sesuatu kemungkinan atau kebolehan di masa lalu, anda gunakan could. Joe could talk since he was three.
  • Sesuatu yang boleh berlaku tetapi tidak berlaku. You could have finished your project yesterday.
Could juga boleh digunakan dalam bentuk present bila:
  • Meminta kebenaran/permintaan. Ianya lebih sopan dari menggunakan can.Could you help me with this? Could I have some coffee?
  • Membuat cadangan. You could fetch Nina, then Ming.