Categories

Thursday 4 December 2014

Penggunaan nombor 1st, 2nd, 3rd dan seterusnya dengan betul

Penggunaan nombor bagi sesetengah mereka yang tidak tahu atau pasti, penggunaan nombor dalam English boleh menjadi salah. Terutamanya nombor seperti 1st, 2nd,3rd,4th dan sebagainya. Penggunaannya mungkin nampak mudah jika anda tahu tapi jika anda tidak, ianya agak keliru.

Jadi bila kita gunakan 1st, 2nd,3rd dan sebagainya dan bila kita cuma sebut one, two,three dan lain-lain?

Dalam English nombor biasa yang lazim kita gunakan dipanggil cardinal numbers, iaitu, one, two, three, four dan sebagainya. Nombor yang disebut 1st, 2nd, 3rd pula dikenali sebagai ordinal number.

Nombor cardinal (biasa) menunjukkan kuantiti. 
5 oranges, 2 apples, 10 bananas. Manakala nombor ordinal (ingat order-susunan) menunjukkan urutan sesuatu, contoh the 5th orange (oren ke5) dan juga tarikh. Nombor ordinal menggunakan suffix (tambahan pada penghujung perkataan yang mengubah bentuknya), seperti -st,-nd, -rd,-th.

Contoh tarikh:  jika ditulis December 4, 2014 kita akan sebut "December fourth, 2014"
Atau jika anda beratur, dan anda yang ke 3, anda perlu katakan "I am third in line"

Jika anda keliru, hanya ingat yang nombor susunan menggunakan imbuhan dibelakangnya.

No comments :