Categories

Tuesday 6 January 2015

Apa beza oldest dan eldest?

Baru-baru ini saya dapat pertanyaan tentang oldest dan eldest, apakah perbezaannya? Perbezaannya tidak banyak sebab jika anda gunakan :

My oldest brother works as a doctor,
My eldest brother works as a doctor.
Kedua-duanya betul.

Tetapi anda tidak akan gunakan : 
The Parthenon is one of the eldest buildings in the world.
Kita akan gunakan :
The Parthenon is one of the oldest buildings in the world.

Ampang Park is one of the oldest shopping malls in Kuala Lumpur.
That house is the oldest one in the area.
Is London the oldest city in England?

Jika anda dapat lihat, eldest digunakan untuk keluarga atau seseorang - he is the eldest in the group.Tetapi tidak untuk tempat, objek atau benda-benda lain, manakala oldest boleh digunakan untuk kedua-dua situasi.

No comments :