Categories

Friday 9 January 2015

Perbezaan I, me, my, mine, myself

Kalau anda keliru tentang perbezaan I, me, my, mine and myself -bukan anda seorang! Jadi saya akan cuba terangkan perbezaannya.

I dan me
I adalah subjek yang melakukan sesuatu perkara didalam ayat.
I bake Zack a cake.

Me adalah objek yang menerima sesuatu didalam ayat.
Zack gave me a book.

Kadang2 ada yang keliru bila terdapat beberapa subjek atau objek didalam satu ayat, tetapi peraturannya tetap sama:

Zack and I saw Nizam at the restaurant.
Zack = subjek
I= subjek
Nizam =objek

*Gunakan I selepas subjek lain - Amira, Linda and I...

Nizam called Zack and me over.
Nizam =subjek
Zack = objek
me = objek

My and mine
Gunakan my sebelum sesuatu perkataan, mine selepas sesuatu perkataan (menunjukkan hak milik):

Nina is my friend.
Nina is a friend of mine.

Those are my shoes.
Those shoes are mine.

Bob is my cat.
Bob is a cat of mine atau Bob is mine.

That is my apartment.
That apartment is mine.

This is my book.
This book is mine.

*My digunakan sebelum noun. Bila menggunakan mine, selalunya tiada perkataan lain yang datang selepasnya.

Myself
Kita gunakan myself bila kita adalah subjek dan juga objek didalam ayat.

I bought the dress myself.
I fix the car myself.

No comments :