Categories

Monday 26 September 2016

Macam mana nak mula baca English

Saya terima e-mel beberapa hari lalu bertanyakan saya macam mana nak mula baca English? Katanya terlalu banyak article dan tak tahu mana satu nak baca dulu. Jadi saya bagi tips di bawah:
1) Apa yang anda minat? Atau apa yang penting untuk kerja anda?
2) Contoh jika anda minat tentang kereta, baca article tentang kereta. Jika anda kerja dalam bidang F&B, baca tentang makanan/minuman yang restaurant /cafe anda sediakan atau apa2 saja yang berkaitan dengan F&B.
3)Cari article pendek untuk baca, you boleh tumpukan perhatian dan habiskan bacaan. Kalau ada perkataan anda tak faham, mungkin hanya sikit dan tidak makan masa untuk cari makna.
4)Apa article yang anda baca? Jika article tersebut tentang make up (contohnya), anda sudah tahu mungkin perkara disebut adalah tentang warna, teknik, jenama, artis, kulit dan segala yang berkaitan dengan make up. Jika article tadi berkaitan kereta, anda mungkin tahu ia akan ceritakan tentang enjin, minyak, horse power dan macam-macam lagi. Jika F&B, mungkin cara sesuatu dimasak, atau tuan punya kedai, jenis-jenis sajian dan macam-macam lagi yang berkaitan dengannya.
5) Berapa banyak nak kena baca? Kalau anda sibuk luangkanlah 15minit sehari. Kalau ada masa lebih buat lebih. Yang penting consistent. Buat 15minit sehari lebih baik dari buat 1 kali seminggu.

Jangan buat English ni sebagai sesuatu yang menyusahkan anda. Fikirkannya seperti sesuatu yang akan memberi anda kesenangan dari segi ekonomi,memberi keyakinan dan macam-macam lagi. 

Ebook Asas English Grammar & Tips boleh dibeli pada RM25. Sila hubungi saya di maya.learnenglish@gmail.com jika berminat.

Selamat membaca!


No comments :