Categories

TIPS BELAJAR

Here are some tips to help you get started:

1. Have a realistic expectation. Rome wasn't built in a day. 

Trevi Fountain, Rome

Rome adalah sebuah bandar masyur di Itali. The expression "Rome wasn't built in a day"  means that to build great things it takes time. Sama macam anda belajar English, ianya akan mengambil masa. Jangan cepat putus asa.

2.Find out your learning style. Apakah cara pembelajaran yang sesuai untuk anda? Setengah orang adalah visual dimana mereka akan ingat bila melihat gambar, ada yang lebih sukakan membaca fakta, carta dan ada yang mendengar dengan bagus.

3. Listen to English programmes, cartoons, films or the radio. Dengar semua benda yang dalam bahasa Inggeris.

4.Have a monologue. Buat perbualan sendiri. Latih diri anda dengan berdialog. 

Contoh:
A: How was work today?
B: Work was tiring.
A: Did you complete the project you were supposed to yesterday?
B: Yes, I finally did.

5. Baca. Baca apa2 sahaja dalam Inggeris. Saya dapati ramai yang tak baca apa-apa dalam bahasa Inggeris. Jadi jika anda ingin mula membaca atau membaca dalam bahasa Inggeris, bacalah majalah, artikel-artikel pendek di internet tentang fesyen, sukan, masak, kereta dan benda-benda yang anda suka.

6. Menulis. Tulis perkataan baru yang anda belajar, dan maknanya sekali.Tuliskan English ke English. Jangan risau kalau ada yang silap sebab yang tengok buku nota tu hanya anda yang baca :) Yang penting latih! Mulakan jurnal pendek tentang aktiviti harian anda dalam English.

7. Banyakkan vocabulary. Perkataan adalah penting untuk membina ayat. Tanpa perkataan atau perkataan baru anda akan membuat ayat yang sama dan mungkin tidak dapat meluahkan apa yang anda inginkan.

Cuba gunakan English setiap hari. Untuk mahir bercakap, anda perlu bercakap. Memang ramai yang risau atau malu kerana rasa orang sering nilai. Jadi dapatkan sokongan dari keluarga atau rakan2 - beritahu anda dalam proses belajar English. Tak pun cuba campurkan dulu BM dengan BI. Ramai orang kata jangan, tapi saya dapati ramai sangat orang yang segan. Jadi untuk dapatkan keyakinan dan kebiasaan orang keliling untuk anda berbahasa Inggeris, campurkan. Anda pun tak rasa segan dan mereka pun tak rasa kelainan. Ini masa awal saja ya. Nanti dah semakin lancar, jangan campur-campur!

Good luck!


No comments :